Komuniti Pengguna WordPress Malaysia

Yang pertama di Malaysia!. Komuniti dan pusat bantuan pengguna WordPress Malaysia!.

” Satu petang aku termenung sejenak, memandang wordpress yang baru siapmentol-idea.jpg di-install untuk seorang pelanggan. Entah mengapa tiba-tiba terdetik hati ingin menyumbang sesuatu WordPress yang sudah begitu banyak memudahkan kerja saya. Yang juga barangkali sudah memberikan aku pulangan wang ringgit. Selain itu, melihatkan ramai blogger-blogger baru yang terkial-kial menginstall WordPress mereka. Masalah sana dan sini.

Kerapkali jua soalan yang sama berulang-ulang, sehingga sesetengahnya termasuk aku sendiri sudah mula bosan menjawabnya. Hatiku dijentik seketika, alangkah baiknya jika ada tempat yang lengkap panduannya. Jadi aku cuma perlu berikan mereka link website tersebut! Jadi, tanpa berfikir panjang aku beli domain ini :)

Lantaran diluar sana sudahpun banyak sumber berbahasa Ingeeris, aku akan utamakan Bahasa Malaysia di sini. Namun Bahasa Inggeris tidaklah dilarang. Rojak itu kadang-kadang lebih enak juga.”

Objektif.

  • Menghimpun pengguna WordPress di Malaysia.
  • Memberikan bantuan kepada kawan-kawan baru dalam WordPress.
  • Mengumpul segala hasilan untuk WordPress dari orang Malaysia. Contohnya Theme, Plugin dan sebagainya dari orang Malaysia!
  • Memperkayakan sumber terbuka dalam Bahasa Malaysia.

Sasaran untuk web ini?.
Dalam masa 3 bulan :

  • Sekurang-kurangnya PR3.
  • 300 senarai di Direktori pengguna wordpress di Malaysia.
  • 30 artikel berguna.
  • Dan segala yang baik-baik belaka.

Buat masa ini, silalah daftar segera di FORUM untuk dapatkan berita dari WordPressMalaysia.com . Pastikan email anda sah.
Ada hadiah menanti untuk ahli ke-100, 200, dan 300. :D

* Trackback pos ini untuk dapatkan backlink ke web anda secara tidak sengaja. :D