WordPress 2.0.6 Release

5 Januari lalu, WordPress 2.0.6 telah di’lepas’kan. (aku tiada istilah yang tepat untuk release). :D

Berikut adalah beberapa perkara yang dinaiktaraf dan diperbaiki dalam versi terbaru ini:

Beberapa ciri keselamatan diperbaiki. (security fixes)
HTML quicktag kini beroperasi dengan baik di Pelayar Safari.
Komen ditapis dari kod-kod yang boleh merosakkan layout blog.
Serasi dengan PHP/FastCGI setups. (aku pun tak faham sangat yang nih)

Download dan upgrade script anda sekarang!
Detail : http://wordpress.org/development/2007/01/wordpress-206/


Panduan Menginstall WordPress

panduanwordpresssmall.jpgDi Malaysia ini, rakyatnya sangat beruntung, kerana sangat ramai insan-insan yang bermurah hati. :D . Ya!. Dapatkan panduan lengkap bagaimana menginstall aplikasi WordPress dalam Bahasa Malasia berbentuk ebook yang dengan bangganya dibawakan oleh Amanz dari Amanz.net .
Di kesempatan ini juga, saya selaku founder WPMalaysia mengucapkan jutaan terimakasih kepada beliau kerana sudi dan rela hatinya memberikan promosi percuma kepada WPMalaysia yang baru bertatih ini. :)

Direct download ebook ini bahagian download Amanz.net

* Cover nih aku saja2 menggatal buatkan tau!.. [Sila klik untuk besarkan] Sebab aku cam biasa… saja nak bagi lagi best.. Hahaha.. Disamping memantapkan skill mendesign aku dari masa ke semasa.


Forum selesai diupgrade

Lewat malam tadi, Froum WordPress Malaysia selesai di-upgrade kepada versi terkini yang lebih stabil dan selamat. Forum ini aktif pada kadar sederhana buat masa ini. Walaupun begitu, ianya semakin meningkat naik dari masa kesemasa. Kewujudan wpmalaysia jua sudah memberi impak kepada pengguna wordpress di Malaysia. Nyata kini semakin ramai pengguna worpress di Malaysia ini.

Saya sekarang sedang menumpukan perhatian kepada menyelaras muka depan dan menambah isi dari masa kesemasa. Terutamanya tutorial. Sebenarnya sudah ujud banyak tutorial yang dibuat oleh ahli2 di forum. Cuma ia memerlukan sedikit masa dan komitmen untuk menyusun dan mengemaskini.

Perbincangan pembinaan theme, plugin, dan sebagainya semakin bertambah jua. Ratanya bertanya tentang theme yang mereka mahu, plugin apa yang terbaik dan sebagainya. Adalah lebih baik bertanya, ianya menjimatkanmasa dari mencuba satu demi satu. Bahkan, jika anda bermasalah dalam menginstalnya, sekejap sahaja sudah ada teman-teman se-wordpress membantu. Bagus bukan?


WordPress 2.0.5 – Ronan

WordPress 2.0.5 – Ronan!
Setelah 3 bulan dari ‘release’ sebelumnya (2.0.4), ‘release’ terbaru kini sedia di muat-turun. Versi terkini ini mengandungi lebih 50 ‘bugfixes’ dari versi terdahulu. Lihat senarai ‘bugfixes’ [ di sini ].

wpsimplelogo.pngVersi ini turut dinamakan ‘Ronan’. Mengapa? Ini adalah kerana, Ryan Boren iaitu Lead Developer di Automattic Inc. kepunyaan Matt (founder WordPress yang turut memegang hakmilik ke atas WordPress.com , Akismet dan beberapa sekutunya) , telah mendapat seorang anak lelaki yang di namakan Ronan Izrail Boren .

*Fakta menarik, Matthew Charles Mullenweg (Matt) ketika ini baru berusia 22 tahun! Dilahirkan pada 11 Januari 1984.


BbPress – Bulletin Board Press

bbpress.pngMungkin dah ada yang tahu. Mungkin juga ramai yang tak pernah tahu. WordPress juga sudah mula mengorak langkah membangunkan Forum Script atau Bulletin Board mereka sendiri. Ketika kita semua sedang sibuk menyambut Hari Raya AidilFitri minggu lalu, mereka telah pun melancarkan BbPress 0.73.

Walaupun begitu, pada pendapat saya, ianya masih jauh untuk menyaingi lain-lain Forum Script yang sudah establish pada hari ini. Namun diharap satu hari nanti ia adalah pesaing paling hebat kepada Vbulletin, terutama dari segi SEO dan kadar efisyen ‘database query’ nya.

Di kesempatan ini jua, saya (mysticmind) mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri yang terlewat kepada semua ahli-ahli dan pengunjung web ini. Maklumlah, sibuk-sibuk nak berhari raya, banyak hal-hal penting yang lain. :D


Pencarian 5 orang moderator untuk WPMALAYSIA.com!

carimod.png

Yeahhh!!!!!..
Yang ditunggu telah tibaaa!!!!..

Bermula serta merta, keputusan pada 15 November 2006

Sesiapa yang rasakan mahu sama2 menyumbang dalam memperkembangkan lagi wpmalaysia nih. Saya jemput untuk jadi team bersama.. Ini adalah komuniti tanpa keuntungan. (non profit community). Cuma dari segi kelebihan reputasi diri anda dan Glamour ajalah yang dapat..  Selain itu ia juga satu portfolio yang baik bukan? Grin

Pertamanya, saya katakan dengan keras disini, saya TIDAK menggalakkan GILA KUASA Grin. Dan juga tidak mahu moderator menjadi seorang yang terlalu gaya berkuasa. Sebab bagi saya, komuniti ikhlas tidak perlukan menunjuk2.. Sebaliknya menganggap semua ahli lain, baik lama atau baru, adalah KAWAN-KAWAN dan SAHABAT-SAHABAT yang berkongsi suka dan duka ilmu, lebih baik kalau bagai adik beradik lain mak lain bapak . Kearah komuniti yang mesra dan muafakat.

Jadinya.. untuk masa mula2 nih. saya cuma nak 5 orang moderator dulu.. Eloklah mulakan pencalonan, atau mencalonkan diri sendiri jika layak (kalau segan nak establishkan diri, boleh PM saya untuk yakinkan saya.. ceh) .. Cheesy

INGAT! BUKAN GAYA BERKUASA, TETAPI MESRA! Grin

Jom lihat di forum,  mari kita lihat siapa yang kenaaaa!


Forum Komuniti WordPress Malaysia dan Tutorial

glossywplogo.jpgAgak lama saya tidak mengemaskini muka depan WPMalaysia ini. Sibuk dengan kerja seharian, tugasan-tugasan yang mengejar dateline di pejabat sememangnya memenatkan. Sedar tak sedar sudah sepurnama (ceh) wujudnya web ini.

Saya kirakan, WPMalaysia sudah agak berjaya, mengumpulkan web dan blog yang ditenagai WordPress di Malaysia. Selain itu juga, rata-ratanya gembira dibantu dan membantu sesama pengguna. Bahkan, lebih dari itu sudah ramai yang bertukar-tukar link, bertukar-tukar pandangan dan juga mendapat traffic dari web ini. Perkongsian bijak orang kata.

Walaupun target sasaran saya masih jauh, sebenarnya saya cuma berharap ia dapat capai 50% dari sasaran tinggi yang saya letakkan pada post pertama saya. :) Kadar purata pengunjung juga ada peningkatan, walaupun turun naik, puratanya kini sudah mencecah ke 20 orang. :D . Kata orang, “Cita-cita biarlah setinggi langit, dapat setakat awan pun jadilah…” (Jangan cita-cita setinggi rumput saja, nanti dapat bawah tanah plak :P )

Forum Komuniti juga aktif, ada topik baru, pos baru, ahli baru dengan web masing-masing yang baru dan hebat! Kemesraan dan sikap tolong menolong wujud dengan baik, harap ia berkekalan dan bertambah baik.

Tutorial dari ahli juga sudah ada didalam forum, cuma saya perlu kemaskinikan terlebih dahulu untuk dimasukkan dimuka hadapan. Yang pasti, setiap tutorial mereka itu amatlah dihargai dan pastinya… pastinya nama mereka akan dikreditkan pada page tutorial nanti. Nah! itukan satu bonus! Mendapat backlink semulajadi. Salah satu skill SEO (Search Engine Optimization) yang tidak perlu dipertikaikan lagi.

Lain-lain yang menarik :
Showcase blog dan web WP masing-masing
Plugin yang menarik dan patut ada pada wordpress anda
Percaya atau tidak, satu ahli HEBAT yang berusia 16 tahun sudah pandai buat theme WP!
Dan bermacam-macam lagi! Hanya di WPMalaysia.com

Terima Kasih semua!

** Ko nih mystic, karang post macam Sales Letter :D
** Image tuh aku buat sendiri, tapi bukan logo untuk WPMalaysia. Saja2 nak bagi nampak ada gambo sikit.