WPMalaysia Direktori Dibuka Sekarang!

wpmalaysia.pngSebenarnya, dah lama dah aku install direktori ni. Cuma kononnya hendak di-design-kan special theme untuknya. Nampaknya usaha aku tu tinggal cita-cita dan gagal kerana kesibukan harian, samada tugasan rasmi di pejabat, mahupun kerja-kerja luar yang bersepah-sepah tak siap.

Jadi aku buat keputusan, buka sekarang sajalah. Kalau aku rajin dan ada masa terluang nanti baru buat lah special theme tu. So… Jangan berlengah lagi!. Submit link website anda ke WpMalaysia Directori ! Tak kiralah anda ada berapa banyak web/blog WordPress. Asalkan ianya:

1 – WordPress Powered Blog
2 – Orang Malaysia!

Oh ya, sekalung terima kasih buat Cikgu Rizal yang menyumbangkan USD Paypal aku yang tak cukup hari tu. (sebenarnya dia sumbang lagi banyak dari usd aku sendiri) :D

Segera ke WpMalaysia Directory : Direktori Pengguna WordPress Terbesar Di Malaysia! (harapnya) dan submitlah tanpa was was, apatah lagi ianya PERCUMAAAA!!!!

*Special offer kepada sesiapa yang review best tentang WpMalaysia.com Directory, link anda akan dimasukkan secara special di muka depan dan di direktori juga. Deal?


Bahaya! Naiktaraf segera ke WP 2.1.2!

Jika anda sudah menaiktaraf WordPress versi 2.1.1 , segerakan naik taraf ke versi 2.1.2! Terdapat lelubang keselamatan (hah! pelik kedengaran :D ). (baca: Security Holes)
Sebenarnya saya sedikit malas hendak mengepos update version WP, kerana sejak akhir-akhir ini terlalu kerap berlaku updatenya. Mungkin kerana terlalu banyak perubahan dari versi 1.* kepada versi 2.* menjadikan bermacam benda baru samada masalah dan sebalinya berlaku. Harap² selepas versi akan datang (mungkin 2.2*) akan stabil dan tidak perlu update untuk jangkamasa yang lama.

Upgrade sentiasa memang meletihkan, tambah² bagi yang mempunyai BANYAK blog berasaskan WordPress. Saya sendiri mempunyai lebih 5!

Baca selanjutnya di : http://wordpress.org/development/2007/03/upgrade-212/


Tahniah buat semua!

Ingat lagi apa yang saya janjikan pada awal kemunculan web ini?

Sasaran untuk web ini?.
Dalam masa 3 bulan : (sudah lebih 5 bulan!)

  • Sekurang-kurangnya PR3. (sudah dapat lebih!)
  • 300 senarai di Direktori pengguna wordpress di Malaysia. (kantoi)
  • 30 artikel berguna. (dah banyak yang amat dalam forum!)
  • Dan segala yang baik-baik belaka. (ahli2 dalam nih memang baik2 belaka)

Klik untuk lihat pos asal disini

Jadi!.. ahli semasa secara slow and steady, sudah pun mencecah hampir 200 orang. Dan saya mahu mengotakan janji, bagi ahli ke 100! iaitu : Bat_infomalaya yang mempunyai web WordPress nya di : InfoMalaya.com (wah! dapat traffic free laa dia kali nih).

Sekadar galakan dan mengotakan janji, saya dengan gembira memberinya topup RM30.00 (sape lagi nak bagi free kan hehe..) Jadi.. selain itu, ahli akan datang ke 200 dan 300 jua pastinya ada peluang yang sama.

Selain itu juga, tahniah untuk semua ahli dan saya sendiri kerana, WpMalaysia kini sudah mendapat PR3 (www.wpmalaysia.com) dan PR4 (wpmalaysia.com) . Errr.. mengapa ada beza antara www dengan tiada aaa?

Tahniah buat semua!


WordPress 2.1 Yang Hebat!

WordPress 2.1 atau diberi nama ELLA adalah berdasarkan nama penyanyi jazz Ella Fitzgerald. Di bawah adalah sebahagian daripada benda yang ada dalam wordpress versi 2.1 ini. Antaranya adalah:

  • Autosave supaya anda tidak lagi kehilangan entri semasa menulis
  • Tabbed editor yang baru untuk memudahkan kita berpindah dari WYSIWYG kepada pengubahsuai kod semasa menulis entri
  • The lossless XML import and export memudahkan anda untuk memindahkan isi blog anda antara sesama blog WordPress
  • Visual editor yang baru yang merangkumi pemeriksaan ejaan.
  • New search engine privacy option untuk anda mengawal sama ada blog anda perlu di ping atau di baca oleh search engine seperti Google.
  • Anda boleh meletak mana-mana “pageâ€? sebagai muka depan laman web anda, dan meletakkan entri blog anda di halaman lain. Ini menjadikan wordpress satu Content Management System yang senang untuk di layari.
  • Kod pangkalan data (database) yang lebih efisien dan lebih pantas daripada versi sebelum ini. Domas Mituzas dari MySQL telah meneliti semua panggilan yang digunakan dengan teliti.
  • Links untuk blogroll kini telah di pasang dengan sub kategori dan anda boleh menambah kategori dengan mudah
  • Login screen telah diubah rekakreatifnya berdasarkan Projek Shuttle
  • Lebih banyak AJAX untuk membuat ruangan tambahan, kerja-kerja selenggara (moderation), pemadaman (deletion) dan banyak lagi dengan lebih pantas. Dan yang paling menarik perhatian adalah laman komen, dimana anda boleh meluluskan atau membatalkan sesuatu komen secara terus.
  • Pages boleh disimpan di dalam draf atau di set untuk kegunaan sulit
  • Admin telah di kemaskini untuk dibuka dengan lebih pantas dan lebih konsisten dari segi paparan
  • The dashboard telah dibina untuk membaca rss secara terus di latar belakang.
  • Comment feeds sekarang akan merangkumi semua komen, dan bukan hanya sekadar 10 komen terakhir. Penerapan bahasa international yang lebih baik pada kali ini. Upload Manager juga membenarkan anda untuk menguruskan fail² yang anda muat naik dengan mudah.
  • Versi baru Akismet plugin di datangkan bersama-sama versi baru ini.

Untuk mengetahui dengan lebih Continue reading


WP 2.0.7 Release Tiba-Tiba!

Tidak sampai 2 minggu pun dari release sebelumnya (2.0.6), Wp telah melancarkan versi 2.0.7 pula? Mengapa?

Berdasarkan pos mereka, beberapa kelemahan dan kekurangan penting perlu segera diatasi. Samada dari sudut keselamatan dan juga kesesuaian versi PHP.

Bagi yang sudah upgrade ke versi 2.0.6, anda tidak perlu melakukan sebarang perubahan besar. Cukup sekadar upload file baru gantikan yang versi 2.0.6. Berikut adalah fail-fail yang cuma perlu ditukar.

wp-admin/inline-uploading.php
wp-admin/post.php
wp-includes/classes.php
wp-includes/functions.php
wp-settings.php
wp-includes/version.php

Tiada sebarang upgrade kepada struktur database.