WordPress 2.0.5 – Ronan

WordPress 2.0.5 – Ronan!
Setelah 3 bulan dari ‘release’ sebelumnya (2.0.4), ‘release’ terbaru kini sedia di muat-turun. Versi terkini ini mengandungi lebih 50 ‘bugfixes’ dari versi terdahulu. Lihat senarai ‘bugfixes’ [ di sini ].

wpsimplelogo.pngVersi ini turut dinamakan ‘Ronan’. Mengapa? Ini adalah kerana, Ryan Boren iaitu Lead Developer di Automattic Inc. kepunyaan Matt (founder WordPress yang turut memegang hakmilik ke atas WordPress.com , Akismet dan beberapa sekutunya) , telah mendapat seorang anak lelaki yang di namakan Ronan Izrail Boren .

*Fakta menarik, Matthew Charles Mullenweg (Matt) ketika ini baru berusia 22 tahun! Dilahirkan pada 11 Januari 1984.