Pertukaran Nama Domain
Mengapa tukar-tukar nama domain pula nih? Nama dulu tak sedap ke? Mengapa? Mengapa? Hermmmm.. Pada pos saya yang sebelum ini:
Jadi aku cuma perlu berikan mereka link website tersebut! Jadi, tanpa berfikir panjang aku beli domain ini
Tanpa berfikir panjang, hahaha… sehingga saya sudah salah langkah.
Perkara yang sebenarnya saya sudah maklum, mungkin keghairahan terlampau saya, saya telah terlupa tentang copyright & permission untuk menggunakan nama ‘Wordpress’ didalam domain . Jadi seperti yang dinyatakan oleh pihak wordpress.org disini . Maka eloklah saya menukarkan domain ini kepada nama baru sebelum terlewat. Saya sendiri telah bertanyakan Matt dari wordpress.org melalui email. Jadi Matt telah membalas email kepada saya dengan baik.
Terimakasih juga kepada kawan-kawan dari MalaysiaBloggers.com yang menegur tentang perkara ini.
Saya rasakan, nama baru ini lebih menarik serta lebih pendek. Telahan lagi sebagai pengguna wordpress, kita sudah biasa dengan singkatan wp , wp-admin, wp-content.. Apatah lagi ramai yang suka memendekkan perkataan semasa menaip.
Jadi inilah nama baru, wpmalaysia.com .
Moral of the story :
Berfikirlah lebih panjang dan jangan gelojoh.
Mengaku salah itu adalah baik, setidak-tidaknya orang tak kata kita Ego tak bertempat.



Tahu pun nak ngaku salah…. huhu…
first post aku
sebenarnya, nama ni far better..
pendek dan memang pengguna wordpress dah biasa ngan wp.
tapi aku cadangkan jangan drop dan teruskan renew.. berapa sen sangat,kan? sekurang-kurangnya ia tak terlepas ke tangan orang yang tak bertanggung jawab.. kalo wordpress nye group ndak mintak nama tu.. ko mintak le kos ntuk beli je.. iaitu sekitar rm40, means.. kalo ko hold 5 tahun pon, ko jual rm40 jer.. jadik bad faith tak de kat sini.. rasa2 aku la..
satu lagi, mintak ler nama ko dikreditkan macam mamat yang bagi domain firefox tu…
Pendek pun pendek lah…this name is better lah.
- MENJ
bagus la kalu gitu… menumpang nama yang sama. kena marah macam mcdonald. guna mc untuk mccurryy. tak pasal2 kena saman. wohooo
Baguih la gitu, ngaku silap
Kalo aku, aku claim jer pat belas juta kalo nama aku tak dikreditkan macam mamat yang bagi domain firefox tuh.. Muahaha..
em..1st time aku masuk site nih..aku cakap best..font dia pun senang baca..pendek kata,aku sukalah…bak kata aiman, aku pun tak kisah..wpmalaysia..ok apa..