Komuniti Pengguna Wordpress Malaysia

Yang pertama di Malaysia!. Komuniti dan pusat bantuan pengguna Wordpress Malaysia!.

” Satu petang aku termenung sejenak, memandang wordpress yang baru siapmentol-idea.jpg di-install untuk seorang pelanggan. Entah mengapa tiba-tiba terdetik hati ingin menyumbang sesuatu Wordpress yang sudah begitu banyak memudahkan kerja saya. Yang juga barangkali sudah memberikan aku pulangan wang ringgit. Selain itu, melihatkan ramai blogger-blogger baru yang terkial-kial menginstall Wordpress mereka. Masalah sana dan sini.

Kerapkali jua soalan yang sama berulang-ulang, sehingga sesetengahnya termasuk aku sendiri sudah mula bosan menjawabnya. Hatiku dijentik seketika, alangkah baiknya jika ada tempat yang lengkap panduannya. Jadi aku cuma perlu berikan mereka link website tersebut! Jadi, tanpa berfikir panjang aku beli domain ini :)

Lantaran diluar sana sudahpun banyak sumber berbahasa Ingeeris, aku akan utamakan Bahasa Malaysia di sini. Namun Bahasa Inggeris tidaklah dilarang. Rojak itu kadang-kadang lebih enak juga.”

Objektif.

  • Menghimpun pengguna Wordpress di Malaysia.
  • Memberikan bantuan kepada kawan-kawan baru dalam Wordpress.
  • Mengumpul segala hasilan untuk Wordpress dari orang Malaysia. Contohnya Theme, Plugin dan sebagainya dari orang Malaysia!
  • Memperkayakan sumber terbuka dalam Bahasa Malaysia.

Sasaran untuk web ini?.
Dalam masa 3 bulan :

  • Sekurang-kurangnya PR3.
  • 300 senarai di Direktori pengguna wordpress di Malaysia.
  • 30 artikel berguna.
  • Dan segala yang baik-baik belaka.

Buat masa ini, silalah daftar segera di FORUM untuk dapatkan berita dari WordpressMalaysia.com . Pastikan email anda sah.
Ada hadiah menanti untuk ahli ke-100, 200, dan 300. :D

* Trackback pos ini untuk dapatkan backlink ke web anda secara tidak sengaja. :D

This entry was posted on Sunday, August 27th, 2006 and is filed under Berita Umum. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

13 Responses to “Komuniti Pengguna Wordpress Malaysia”

  1. cikgubiz on August 30th, 2006 at 6:13 pm

    Alhamdullillah…. terima kasih di ucapkan kepada admin di atas kewujudan wordpressmalaysia.com moga bertambah ilmu wordpress kita. terima kasih admin.

  2. En. Admin on August 31st, 2006 at 5:54 pm

    sama2.. marilah bersama2 memeriahkannya.. :)

  3. Walikard on September 5th, 2006 at 12:43 pm

    Alhamdulillah, yang ditunggu-tunggu telah tiba. InsyaALLAH, segala soalan2 yang berlegar dikepala tentang WP ni InsyaALLAH bakal terjawab. Thanks :-)

  4. putrajaya-online on September 13th, 2006 at 9:53 pm

    bagus…usaha anda ini …semoga berjaya

  5. kamarul on September 24th, 2006 at 10:47 pm

    Wah baguslah usaha niezam atas pelancaran wpmalaysia, bolehlah bertukar pandangan mengenai wordpress dan penggunaanya. Niezam TAHNIAH!

  6. mysticmind on September 25th, 2006 at 1:34 am

    mekasih.. mekasih :p bz sgt skang.. x update2 muka depan nih..

  7. fatah on September 28th, 2006 at 3:27 pm

    hidup bahasa melayu, selmat maju jaya…

    usaha jangan tak usaha…usahajaya

  8. GiggiBiru on October 17th, 2006 at 10:52 am

    Saya sangat gembira kerana adanya wordpress malaysia ni. lagi-lagi unutk saya yang baru dibidang ni. apatahlagi ia dalam bahasa melayu. syabas sekali lagi, saya memang sokong pengginaan bahasa melayu. semoga bangsa dan agama kita akan maju

  9. azmie on November 10th, 2006 at 3:38 pm

    terus terang aku cakap aku baru jek tau pasal mende ni…tapi aku rasa ader yg mention pasal wpmalaysia ni seblom ni…kat maner aku tak ingat…tapi terlupa laks…

    anyways bagus ader komuniti wp dari malaysia nih :D

  10. FAYz on November 27th, 2006 at 1:52 pm

    Hiii..Come to my blog for latest gossips and weddings di Malaysia..

    http://www.syokkahwin.com/blog

  11. Wirasutra on December 11th, 2006 at 4:44 pm

    Usaha yg baik Admin. Moga2 pengguna wordpress lebih meriah berbanding blogger dan lain-lain.

  12. Wordpress Malaysia » Blog Archive » Tahniah buat semua! on January 31st, 2007 at 7:44 pm

    [...] Klik untuk lihat pos asal disini [...]

  13. razila on April 4th, 2007 at 7:25 pm

    saya pening kepala dgn wordpress, nanti saya tanya lagi ya..

Leave a Reply