Forum selesai diupgrade
Lewat malam tadi, Froum Wordpress Malaysia selesai di-upgrade kepada versi terkini yang lebih stabil dan selamat. Forum ini aktif pada kadar sederhana buat masa ini. Walaupun begitu, ianya semakin meningkat naik dari masa kesemasa. Kewujudan wpmalaysia jua sudah memberi impak kepada pengguna wordpress di Malaysia. Nyata kini semakin ramai pengguna worpress di Malaysia ini.
Saya sekarang sedang menumpukan perhatian kepada menyelaras muka depan dan menambah isi dari masa kesemasa. Terutamanya tutorial. Sebenarnya sudah ujud banyak tutorial yang dibuat oleh ahli2 di forum. Cuma ia memerlukan sedikit masa dan komitmen untuk menyusun dan mengemaskini.
Perbincangan pembinaan theme, plugin, dan sebagainya semakin bertambah jua. Ratanya bertanya tentang theme yang mereka mahu, plugin apa yang terbaik dan sebagainya. Adalah lebih baik bertanya, ianya menjimatkanmasa dari mencuba satu demi satu. Bahkan, jika anda bermasalah dalam menginstalnya, sekejap sahaja sudah ada teman-teman se-wordpress membantu. Bagus bukan?


Leave a Reply