Agak lama saya tidak mengemaskini muka depan WPMalaysia ini. Sibuk dengan kerja seharian, tugasan-tugasan yang mengejar dateline di pejabat sememangnya memenatkan. Sedar tak sedar sudah sepurnama (ceh) wujudnya web ini.
Saya kirakan, WPMalaysia sudah agak berjaya, mengumpulkan web dan blog yang ditenagai WordPress di Malaysia. Selain itu juga, rata-ratanya gembira dibantu dan membantu sesama pengguna. Bahkan, lebih dari itu sudah ramai yang bertukar-tukar link, bertukar-tukar pandangan dan juga mendapat traffic dari web ini. Perkongsian bijak orang kata.
Walaupun target sasaran saya masih jauh, sebenarnya saya cuma berharap ia dapat capai 50% dari sasaran tinggi yang saya letakkan pada post pertama saya.
Kadar purata pengunjung juga ada peningkatan, walaupun turun naik, puratanya kini sudah mencecah ke 20 orang.
. Kata orang, “Cita-cita biarlah setinggi langit, dapat setakat awan pun jadilah…” (Jangan cita-cita setinggi rumput saja, nanti dapat bawah tanah plak
)
Forum Komuniti juga aktif, ada topik baru, pos baru, ahli baru dengan web masing-masing yang baru dan hebat! Kemesraan dan sikap tolong menolong wujud dengan baik, harap ia berkekalan dan bertambah baik.
Tutorial dari ahli juga sudah ada didalam forum, cuma saya perlu kemaskinikan terlebih dahulu untuk dimasukkan dimuka hadapan. Yang pasti, setiap tutorial mereka itu amatlah dihargai dan pastinya… pastinya nama mereka akan dikreditkan pada page tutorial nanti. Nah! itukan satu bonus! Mendapat backlink semulajadi. Salah satu skill SEO (Search Engine Optimization) yang tidak perlu dipertikaikan lagi.
Lain-lain yang menarik :
Showcase blog dan web WP masing-masing
Plugin yang menarik dan patut ada pada wordpress anda
Percaya atau tidak, satu ahli HEBAT yang berusia 16 tahun sudah pandai buat theme WP!
Dan bermacam-macam lagi! Hanya di WPMalaysia.com
Terima Kasih semua!
** Ko nih mystic, karang post macam Sales Letter ![]()
** Image tuh aku buat sendiri, tapi bukan logo untuk WPMalaysia. Saja2 nak bagi nampak ada gambo sikit.

umur tak boleh nak tentukan kreativiti… guna minda separa sedar, maka laju ler perjalanan hidup hangpa… kreativiti luar kotak…. tahniah ler…
Amerikanische Firma „ACG Logistics“ sucht nach Mitarbeiter in Europa fuer die Arbeit im Logistikbereich. Interessanter Job mit guter Verdienstmoeglichkeit.
Schicken Sie bitte Ihre Bewerbung an info@acglogistics.biz
kene berani buat sesuatu jgn beralasan aje..
nak maju jgn toleh kebelakang lagi..