Wordpress 2.2 Dilancarkan.
20070518 16:59Aduh, mengapalah begitu banyak versi upgrade lewat ini. Letih benar rasanya meng-upgrade web WP saya yang tidak terkira banyaknya. Selamat mengupgrade buat sekian kalinya semua!

Aduh, mengapalah begitu banyak versi upgrade lewat ini. Letih benar rasanya meng-upgrade web WP saya yang tidak terkira banyaknya. Selamat mengupgrade buat sekian kalinya semua!
kesibukan hari-hari membataskan masa dan luang masa saya. Apa-apapun, sekadar menambah bilangan pos disini, saya tulis topik ini .
Berkenaan update ini boleh rujuk disini : WordPress 2.1.3
Jika anda sudah menaiktaraf Wordpress versi 2.1.1 , segerakan naik taraf ke versi 2.1.2! Terdapat lelubang keselamatan (hah! pelik kedengaran :D). (baca: Security Holes)
Sebenarnya saya sedikit malas hendak mengepos update version WP, kerana sejak akhir-akhir ini terlalu kerap berlaku updatenya. Mungkin kerana terlalu banyak perubahan dari versi 1.* kepada versi 2.* menjadikan bermacam benda baru samada masalah dan sebalinya berlaku. Harap² selepas versi akan datang (mungkin 2.2*) akan stabil dan tidak perlu update untuk jangkamasa yang lama.
Upgrade sentiasa memang meletihkan, tambah² bagi yang mempunyai BANYAK blog berasaskan Wordpress. Saya sendiri mempunyai lebih 5!
Baca selanjutnya di : http://wordpress.org/development/2007/03/upgrade-212/
Wordpress 2.1 atau diberi nama ELLA adalah berdasarkan nama penyanyi jazz Ella Fitzgerald. Di bawah adalah sebahagian daripada benda yang ada dalam wordpress versi 2.1 ini. Antaranya adalah:
Untuk mengetahui dengan lebih . . . » Selanjutnya
Tidak sampai 2 minggu pun dari release sebelumnya (2.0.6), Wp telah melancarkan versi 2.0.7 pula? Mengapa?
Berdasarkan pos mereka, beberapa kelemahan dan kekurangan penting perlu segera diatasi. Samada dari sudut keselamatan dan juga kesesuaian versi PHP.
Bagi yang sudah upgrade ke versi 2.0.6, anda tidak perlu melakukan sebarang perubahan besar. Cukup sekadar upload file baru gantikan yang versi 2.0.6. Berikut adalah fail-fail yang cuma perlu ditukar.
wp-admin/inline-uploading.php
wp-admin/post.php
wp-includes/classes.php
wp-includes/functions.php
wp-settings.php
wp-includes/version.php
Tiada sebarang upgrade kepada struktur database.
5 Januari lalu, Wordpress 2.0.6 telah di’lepas’kan. (aku tiada istilah yang tepat untuk release).
Berikut adalah beberapa perkara yang dinaiktaraf dan diperbaiki dalam versi terbaru ini:
Beberapa ciri keselamatan diperbaiki. (security fixes)
HTML quicktag kini beroperasi dengan baik di Pelayar Safari.
Komen ditapis dari kod-kod yang boleh merosakkan layout blog.
Serasi dengan PHP/FastCGI setups. (aku pun tak faham sangat yang nih)
Download dan upgrade script anda sekarang!
Detail : http://wordpress.org/development/2007/01/wordpress-206/
Di Malaysia ini, rakyatnya sangat beruntung, kerana sangat ramai insan-insan yang bermurah hati.
. Ya!. Dapatkan panduan lengkap bagaimana menginstall aplikasi WordPress dalam Bahasa Malasia berbentuk ebook yang dengan bangganya dibawakan oleh Amanz dari Amanz.net .
Di kesempatan ini juga, saya selaku founder WPMalaysia mengucapkan jutaan terimakasih kepada beliau kerana sudi dan rela hatinya memberikan promosi percuma kepada WPMalaysia yang baru bertatih ini.
Direct download ebook ini bahagian download Amanz.net
* Cover nih aku saja2 menggatal buatkan tau!.. [Sila klik untuk besarkan] Sebab aku cam biasa… saja nak bagi lagi best.. Hahaha.. Disamping memantapkan skill mendesign aku dari masa ke semasa.
Wordpress 2.0.5 - Ronan!
Setelah 3 bulan dari ‘release’ sebelumnya (2.0.4), ‘release’ terbaru kini sedia di muat-turun. Versi terkini ini mengandungi lebih 50 ‘bugfixes’ dari versi terdahulu. Lihat senarai ‘bugfixes’ [ di sini ].
Versi ini turut dinamakan ‘Ronan’. Mengapa? Ini adalah kerana, Ryan Boren iaitu Lead Developer di Automattic Inc. kepunyaan Matt (founder Wordpress yang turut memegang hakmilik ke atas Wordpress.com , Akismet dan beberapa sekutunya) , telah mendapat seorang anak lelaki yang di namakan Ronan Izrail Boren .
*Fakta menarik, Matthew Charles Mullenweg (Matt) ketika ini baru berusia 22 tahun! Dilahirkan pada 11 Januari 1984.
Mungkin dah ada yang tahu. Mungkin juga ramai yang tak pernah tahu. Wordpress juga sudah mula mengorak langkah membangunkan Forum Script atau Bulletin Board mereka sendiri. Ketika kita semua sedang sibuk menyambut Hari Raya AidilFitri minggu lalu, mereka telah pun melancarkan BbPress 0.73.
Walaupun begitu, pada pendapat saya, ianya masih jauh untuk menyaingi lain-lain Forum Script yang sudah establish pada hari ini. Namun diharap satu hari nanti ia adalah pesaing paling hebat kepada Vbulletin, terutama dari segi SEO dan kadar efisyen ‘database query’ nya.
Di kesempatan ini jua, saya (mysticmind) mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri yang terlewat kepada semua ahli-ahli dan pengunjung web ini. Maklumlah, sibuk-sibuk nak berhari raya, banyak hal-hal penting yang lain. ![]()