Pembangunan semula dari runtuhan lama.

Ok!… selepas sekian lama web ini terbiar, saya (mysticmind) sendiri-sendiri akan cuba membangunkannya kembali. Saya tak expect ianya hebat gila, tapi cukup sekadar membiarkannya ‘hidup sedikit’ bagi permulaan ini. So, apa yang telah saya lakukan setakat ini?

1 – Terbiarnya web ini lebih 2 tahun, script version wordpressnya adalah ialah versi 2.8* lagi!. Jadi saya terpaksa manual update hingga ke versi yang support AUTOUPGRADE, kemudian barulah dapat di-update kepada versi terkini.

2 – Forum sangat2 bermasalah dengan script lama juga tidak dikemaskini versinya. Disamping spambot macam members tapi sebenarnya tidak. Yang ini lebih memeningkan kepala. Saya dah letak lama under maintainance. Tapi vulnerablity yang ada terlalu banyak. Membuatkan saya dilemma nak delete dan install baru atau nak recheck semula. Your suggestion? (kalau ada orang lawat sini la heh!)

Upcoming plan:

1 – Saya taknak buang masa untuk custom theme banyak2 sangat, tapi more to contents dan blog post yang lebih aktif.

2 – Targeted at least 2 hari sekali update post. (tolong sibukkan wall FB aku kalau aku tak update. Plzzzz..

3 – Set target sekurang2nya 100 post dalam tempoh 4 bulan!.

2 – Dan mungkin akan menjual kepada sesiapa yang berminat selepas itu pada harga2 tertentu?

Sekian!
~ Nizam Mysticmind Ahamad


Selamat Hari Merdeka & Selamat Berpuasa

Sempena menyambut Hari Merdeka ke-51 ini saya ingin mengucapkan semoga Merdeka kali ini membawa seribu makna dalam hidup anda… Merdeka diri anda, kejarlah impian anda, matangkan minda jangan mudah dijajah oleh pengaruh barat…

Saya juga ingin mengucapkan selamat berpuasa buat seluruh umat Islam di seluruh dunia terutamanya rakyat Malaysia dan yang paling penting buat kawan-kawan di dalam forum WPMalaysia. Semoga Puasa tahun ini membawa keinsafan pada diri kita sekian terima kasih…


Rupa baru azam baru?

Betulkah? Betulkah azam baru? Atau sekadar tukar kulit? Selalunya begitulah. Inilah masalah lazim jika blog diupdate seorang diri. Kerapkali memilih kasih. :D

Jadi… harapnya kemunculan kali ini berbeza, dengan bantuan beberapa orang lagi diharap WpMalaysia ini akan kembali cemerlang!. Walaupun forum sudah semakin sunyi, dan muka depan ini pun jarang benar berupdate. Tapi PR muka depan ini kekal PR4. Forum juga tinggi PRnya, tapi berkemungkinan akan turun nanti. Telahan pula sudah berpindah server ke Malaysia yang memungkinkan juga PRnya semakin menurun.

Harapnya dengan multiple admin kat depan ini, setidak-tidaknya ia mungkin di update lebih kerap dari dahulu. Tak tahulah, kita hanya merancang gituuuu..

Setahun berlalu, apakah masih ada upaya web ini. Apa yang anda mahu disini? Sila nyatakan. (jika adalah!)


WPMalaysia Direktori Dibuka Sekarang!

wpmalaysia.pngSebenarnya, dah lama dah aku install direktori ni. Cuma kononnya hendak di-design-kan special theme untuknya. Nampaknya usaha aku tu tinggal cita-cita dan gagal kerana kesibukan harian, samada tugasan rasmi di pejabat, mahupun kerja-kerja luar yang bersepah-sepah tak siap.

Jadi aku buat keputusan, buka sekarang sajalah. Kalau aku rajin dan ada masa terluang nanti baru buat lah special theme tu. So… Jangan berlengah lagi!. Submit link website anda ke WpMalaysia Directori ! Tak kiralah anda ada berapa banyak web/blog WordPress. Asalkan ianya:

1 – WordPress Powered Blog
2 – Orang Malaysia!

Oh ya, sekalung terima kasih buat Cikgu Rizal yang menyumbangkan USD Paypal aku yang tak cukup hari tu. (sebenarnya dia sumbang lagi banyak dari usd aku sendiri) :D

Segera ke WpMalaysia Directory : Direktori Pengguna WordPress Terbesar Di Malaysia! (harapnya) dan submitlah tanpa was was, apatah lagi ianya PERCUMAAAA!!!!

*Special offer kepada sesiapa yang review best tentang WpMalaysia.com Directory, link anda akan dimasukkan secara special di muka depan dan di direktori juga. Deal?


Bahaya! Naiktaraf segera ke WP 2.1.2!

Jika anda sudah menaiktaraf WordPress versi 2.1.1 , segerakan naik taraf ke versi 2.1.2! Terdapat lelubang keselamatan (hah! pelik kedengaran :D ). (baca: Security Holes)
Sebenarnya saya sedikit malas hendak mengepos update version WP, kerana sejak akhir-akhir ini terlalu kerap berlaku updatenya. Mungkin kerana terlalu banyak perubahan dari versi 1.* kepada versi 2.* menjadikan bermacam benda baru samada masalah dan sebalinya berlaku. Harap² selepas versi akan datang (mungkin 2.2*) akan stabil dan tidak perlu update untuk jangkamasa yang lama.

Upgrade sentiasa memang meletihkan, tambah² bagi yang mempunyai BANYAK blog berasaskan WordPress. Saya sendiri mempunyai lebih 5!

Baca selanjutnya di : http://wordpress.org/development/2007/03/upgrade-212/


Tahniah buat semua!

Ingat lagi apa yang saya janjikan pada awal kemunculan web ini?

Sasaran untuk web ini?.
Dalam masa 3 bulan : (sudah lebih 5 bulan!)

  • Sekurang-kurangnya PR3. (sudah dapat lebih!)
  • 300 senarai di Direktori pengguna wordpress di Malaysia. (kantoi)
  • 30 artikel berguna. (dah banyak yang amat dalam forum!)
  • Dan segala yang baik-baik belaka. (ahli2 dalam nih memang baik2 belaka)

Klik untuk lihat pos asal disini

Jadi!.. ahli semasa secara slow and steady, sudah pun mencecah hampir 200 orang. Dan saya mahu mengotakan janji, bagi ahli ke 100! iaitu : Bat_infomalaya yang mempunyai web WordPress nya di : InfoMalaya.com (wah! dapat traffic free laa dia kali nih).

Sekadar galakan dan mengotakan janji, saya dengan gembira memberinya topup RM30.00 (sape lagi nak bagi free kan hehe..) Jadi.. selain itu, ahli akan datang ke 200 dan 300 jua pastinya ada peluang yang sama.

Selain itu juga, tahniah untuk semua ahli dan saya sendiri kerana, WpMalaysia kini sudah mendapat PR3 (www.wpmalaysia.com) dan PR4 (wpmalaysia.com) . Errr.. mengapa ada beza antara www dengan tiada aaa?

Tahniah buat semua!