Bahaya! Naiktaraf segera ke WP 2.1.2!

Jika anda sudah menaiktaraf WordPress versi 2.1.1 , segerakan naik taraf ke versi 2.1.2! Terdapat lelubang keselamatan (hah! pelik kedengaran :D ). (baca: Security Holes)
Sebenarnya saya sedikit malas hendak mengepos update version WP, kerana sejak akhir-akhir ini terlalu kerap berlaku updatenya. Mungkin kerana terlalu banyak perubahan dari versi 1.* kepada versi 2.* menjadikan bermacam benda baru samada masalah dan sebalinya berlaku. Harap² selepas versi akan datang (mungkin 2.2*) akan stabil dan tidak perlu update untuk jangkamasa yang lama.

Upgrade sentiasa memang meletihkan, tambah² bagi yang mempunyai BANYAK blog berasaskan WordPress. Saya sendiri mempunyai lebih 5!

Baca selanjutnya di : http://wordpress.org/development/2007/03/upgrade-212/


10 Responses to Bahaya! Naiktaraf segera ke WP 2.1.2!

  1. “Long story short: If you downloaded WordPress 2.1.1 within the past 3-4 days, your files may include a security exploit that was added by a cracker, and you should upgrade all of your files to 2.1.2 immediately”

    maknanya org yg baru upgrade jela kena.
    dont mislead your readers.

  2. abes… hancur musnah bahasa melayu -_-’
    tapikan.. ni wp punya server kena access. ada tak kemungkinan server cms lain yg kena? hati hati. cms anda mungkin ada bom. ehehe

  3. Yup betul tuh TK2.
    cuma aku sendiri ada rasa was-was samada yang aku upload upgrde tuh dah terjejas or tak..
    jadi baik aku terus upgrade 2.1.2 . baru yakin sket. :D

  4. ekeke… yg aku kata bm rosak tu time “Upgrade sentiasa memang meletihkan” :P

    security hole mmg = lubang keselamatan.
    aku pun x gheti sangat guna BM buat ayat pasal term2 gini. ekeke

  5. wah ! terkerut hamba dengar amaran itu… nasib baik tak pengsan hamba… yup selamat maju jaya…

    2-3 bulan lagi version baru pulak laaa…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>