Selamat Hari Merdeka & Selamat Berpuasa

Sempena menyambut Hari Merdeka ke-51 ini saya ingin mengucapkan semoga Merdeka kali ini membawa seribu makna dalam hidup anda… Merdeka diri anda, kejarlah impian anda, matangkan minda jangan mudah dijajah oleh pengaruh barat…

Saya juga ingin mengucapkan selamat berpuasa buat seluruh umat Islam di seluruh dunia terutamanya rakyat Malaysia dan yang paling penting buat kawan-kawan di dalam forum WPMalaysia. Semoga Puasa tahun ini membawa keinsafan pada diri kita sekian terima kasih…


WordPress 2.6.1 Di Lancarkan…

Kepada sesiapa yang masih menggunakan versi lama (2.0 ke bawah) sila update kepada versi 2.6.1 yang dilancarkan pada 15 Ogod 2008.

Kebanyakan fungsi-fungsi lama pada WordPress telah di upgrade untuk kegunaan blogger antarabangsa. Selalunya setiap versi WordPress ini tidak akan bertahan lama kerana hampir setiap ketika WordPress akan sentiasa upgrade dan melakukan pelbagai perubahan yang tidak begitu ketara terhadap setiap versi.

Untuk melihat penambah-baikan terhadap versi lama untuk versi 2.6.1 ini sila klik disini. Untuk download WordPress 2.6.1 ini sila klik disini.