Pembangunan semula dari runtuhan lama.

Ok!… selepas sekian lama web ini terbiar, saya (mysticmind) sendiri-sendiri akan cuba membangunkannya kembali. Saya tak expect ianya hebat gila, tapi cukup sekadar membiarkannya ‘hidup sedikit’ bagi permulaan ini. So, apa yang telah saya lakukan setakat ini?

1 – Terbiarnya web ini lebih 2 tahun, script version wordpressnya adalah ialah versi 2.8* lagi!. Jadi saya terpaksa manual update hingga ke versi yang support AUTOUPGRADE, kemudian barulah dapat di-update kepada versi terkini.

2 – Forum sangat2 bermasalah dengan script lama juga tidak dikemaskini versinya. Disamping spambot macam members tapi sebenarnya tidak. Yang ini lebih memeningkan kepala. Saya dah letak lama under maintainance. Tapi vulnerablity yang ada terlalu banyak. Membuatkan saya dilemma nak delete dan install baru atau nak recheck semula. Your suggestion? (kalau ada orang lawat sini la heh!)

Upcoming plan:

1 – Saya taknak buang masa untuk custom theme banyak2 sangat, tapi more to contents dan blog post yang lebih aktif.

2 – Targeted at least 2 hari sekali update post. (tolong sibukkan wall FB aku kalau aku tak update. Plzzzz..

3 – Set target sekurang2nya 100 post dalam tempoh 4 bulan!.

2 – Dan mungkin akan menjual kepada sesiapa yang berminat selepas itu pada harga2 tertentu?

Sekian!
~ Nizam Mysticmind Ahamad


Selamat Hari Merdeka & Selamat Berpuasa

Sempena menyambut Hari Merdeka ke-51 ini saya ingin mengucapkan semoga Merdeka kali ini membawa seribu makna dalam hidup anda… Merdeka diri anda, kejarlah impian anda, matangkan minda jangan mudah dijajah oleh pengaruh barat…

Saya juga ingin mengucapkan selamat berpuasa buat seluruh umat Islam di seluruh dunia terutamanya rakyat Malaysia dan yang paling penting buat kawan-kawan di dalam forum WPMalaysia. Semoga Puasa tahun ini membawa keinsafan pada diri kita sekian terima kasih…


Rupa baru azam baru?

Betulkah? Betulkah azam baru? Atau sekadar tukar kulit? Selalunya begitulah. Inilah masalah lazim jika blog diupdate seorang diri. Kerapkali memilih kasih. :D

Jadi… harapnya kemunculan kali ini berbeza, dengan bantuan beberapa orang lagi diharap WpMalaysia ini akan kembali cemerlang!. Walaupun forum sudah semakin sunyi, dan muka depan ini pun jarang benar berupdate. Tapi PR muka depan ini kekal PR4. Forum juga tinggi PRnya, tapi berkemungkinan akan turun nanti. Telahan pula sudah berpindah server ke Malaysia yang memungkinkan juga PRnya semakin menurun.

Harapnya dengan multiple admin kat depan ini, setidak-tidaknya ia mungkin di update lebih kerap dari dahulu. Tak tahulah, kita hanya merancang gituuuu..

Setahun berlalu, apakah masih ada upaya web ini. Apa yang anda mahu disini? Sila nyatakan. (jika adalah!)


WordPress 2.6.1 Di Lancarkan…

Kepada sesiapa yang masih menggunakan versi lama (2.0 ke bawah) sila update kepada versi 2.6.1 yang dilancarkan pada 15 Ogod 2008.

Kebanyakan fungsi-fungsi lama pada WordPress telah di upgrade untuk kegunaan blogger antarabangsa. Selalunya setiap versi WordPress ini tidak akan bertahan lama kerana hampir setiap ketika WordPress akan sentiasa upgrade dan melakukan pelbagai perubahan yang tidak begitu ketara terhadap setiap versi.

Untuk melihat penambah-baikan terhadap versi lama untuk versi 2.6.1 ini sila klik disini. Untuk download WordPress 2.6.1 ini sila klik disini.


Berkenaan Direktori WPMalaysia

Direktori WpMalaysia , semakin bertambah dari masa kesemasa bilangannya. Saya berharap ia mampu mencapai PR3 satu masa nanti. (Ya, saya tahu PR bukan segalanya, tiada kesalahan pun kalau ada PR.)

Apakah penting sangat PR? Penting bagi saya, ianya mampu menganjakkan kedudukkan sesebuah web dalam hasil enjin carian (tentunya google). Web yang kurang PR letaknya lebih bawah dari web yang mempunyai PR tinggi, lazimnya begitu.

Berikut Soalan² lazim berkaitan Direktori WpMalaysia :

Apakah Reciprocal Link URL?
- Link Balas, Atau tukaran : Lihat sini untuk lebih detail (google define)

Jadi.. Untuk melayakkan anda disenaraikan, anda cuma perlu meletakkan link ke WpMalaysia.com atau WpMalaysia.com/directory di dalam web anda, samada di web-anda.com/links atau hanya masukkan di blogroll anda!.. Secara teknikalnya, ia akan menaikkan PR direktori tersebut, dan apabila PR direktori tersebut naik lebih tinggi atau sama dengan web anda, anda sudah menghasilkan 1 backlink yang agak tinggi nilainya. :)

Syarat-syarat PENTING lain ;
- Pastikan web anda adalah WORDPRESS!
- Maaf kepada para blogger blogspot, saya berusaha mengekalkan tahap kualiti dan pengkhususan.
- Blog² spam, atau mempunyai unsur hasutan, seks, atau mempunyai unsur² kurang baik lainnya (contohnya menjaja affiliate link keterlaluan, duit mudah mengarut dan sebagainya) turut ditolak.

Web dengan ‘tujuan tertentu’ yang difikirkan tidak patut juga akan ditolak. Oh, jangan bimbang, saya berlaku adil. Jika web anda ‘baik’, mengapa perlu takut. :)

Blog Saya Di WordPress.com? Boleh masuk ke?
Continue reading